SC mohon maklum balas rangka kerja penyedia dompet aset digital - Utusan Malaysia

SC mohon maklum balas rangka kerja penyedia dompet aset digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) mahu mendapatkan maklum balas daripada pihak industri mengenai rangka kerja kawal selia bagi penyedia dompet aset digital. 

Menurut SC, ia akan melengkapi rangka kerja sedia ada bagi Bursa Aset Digital (DAX) dan Tawaran Awal Bursa (IEO). 

Katanya, penyedia dompet aset digital merupakan individu yang menyediakan khidmat penjagaan atau penyimpanan bagi pihak pemilik aset digital. 

“Penyedia ini memainkan peranan penting dalam ekosistem tersebut dalam melindungi aset digital pelanggan. 

“Sehubungan ini, penyedia dompet aset digital sedia ada atau mana-mana pihak yang berminat, diminta untuk menghubungi SC untuk bertemu dan membincangkan operasi perniagaan semasa mereka atau memberi apa-apa maklum balas mengenai rangka kerja bagi penyedia dompet aset digital tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Penyedia sedia ada dan individu yang berminat hendaklah menghubungi SC bagi sesi perjumpaan selewat-lewatnya pada 14 Ogos 2020. 

“Apabila dimuktamadkan, rangka kerja kawal selia bagi penyedia dompet aset digital tersebut akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada garis panduan, Guidelines on Digital Assets,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.