Kluster Simpang Sepayang punca kolej vokasional di Rompin kena PKPD - Utusan Malaysia

Kluster Simpang Sepayang punca kolej vokasional di Rompin kena PKPD

KOLEJ Vokasional Sultan Ahmad Shah di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah institusi pendidikan kemahiran di Rompin, Pahang menjadi lokaliti terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok, melibatkan Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah di Jalan Endau-Rompin, Kuala Rompin.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan di sini berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari sehingga 7 Februari ini hasil penilaian risiko dan trend semasa jangkitan Covid-19 yang dilakukan Kementerian Kesihatan.

Kolej bergred A yang dibuka Kementerian Pendidikan sejak 1987 itu merekodkan Kluster Simpang Sepayang dengan jumlah kes kumulatif positif setakat semalam mencecah 28 individu.

Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Pahang, setakat hari ini sudah ada 10 kluster pendidikan di negeri tersebut sejak 1 Januari lepas dengan terbaharu Kluster Jalan Medang di Bentong.

Ia diumumkan semalam dengan 41 kes terkumpul, manakala sebelumnya ialah Kluster KM4, Jalan Kuala Lumpur-Bentong dalam daerah yang sama dengan kumulatif telah ada 36 kes.

Menurut laman sesawang CovidNow, Pahang mencatatkan 21 kluster aktif bermula 1 Januari lalu termasuk empat kluster tempat kerja, empat kluster import dan tiga kluster komuniti sekali gus menyaksikan lima lokaliti di negeri itu dikenakan PKPD antaranya Felda Keratong 5 di Rompin sejak 6 Januari lalu namun sudah pun ditamatkan lebih awal pada 15 Januari.

Sementara baki lokaliti lain akan berakhir pada bulan depan iaitu Kampung Batu Talam di Raub, Ladang Felda Kechau 6 dan 9 di Lipis serta terkini Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya