Kematian Covid-19 dilaporkan catat bawah 10 kes - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 dilaporkan catat bawah 10 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kematian Covid-19 yang dilaporkan sebanyak sembilan kes berbanding semalam, 15 kes. 

Rekod terbabit berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,892 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), hanya satu daripada sembilan kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,428 kes.

Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan peningkatan, 143 kes berbanding semalam, 141 kes. 

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan terus merekodkan penurunan, 53 kes berbanding semalam, 62 kes.

Sehingga hari ini, pesakit yang masih diwadkan adalah seramai 804 orang berbanding kelamrin, 923 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,821 kes bersamaan 99.1 peratus daripada 3,856 kes positif Covid-19 hari ini, adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Katanya, hanya 35 kes bersamaan 0.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima. 

“Sebanyak 3,856 kes positif menunjukkan penurunan berbanding semalam, 4,116 kes sekali gus mengatasi 2,814 kes.

“Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 13 kluster baharu berbanding semalam, sembilan kluster dengan menjadikan 235 kluster aktif,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya