PKPD: 1,159 penduduk Orang Asli positif Covid-19 - Utusan Malaysia

PKPD: 1,159 penduduk Orang Asli positif Covid-19

DR. DING Lay Ming
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 1,159 penduduk Orang Asli di 23 lokaliti dalam daerah Batang Padang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai semalam kerana disahkan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, terdapat 12 kes kematian penduduk pribumi direkodkan akibat dijangkiti wabak berkenaan.

Katanya, punca jangkitan itu bermula daripada penduduk Orang Asli yang bekerja di kilang di mana terdapat kluster Covid-19 sebelum merebak ke komuniti masing-masing.

“Tindakan kawalan jangkitan dijalankan melalui pengasingan dan rawatan di Pusat Kuarantin Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) Sungkai khas bagi pesakit dalam kalangan Orang Asli.

“Selain itu, pengawalan juga dijalankan melalui pelaksanaan PKPD di kesemua perkampungan Orang Asli yang terlibat,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, sehingga semalam, pihaknya merekodkan 10,221 atau 45.5 peratus Orang Asli di seluruh Perak telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

“Selaras dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kita turut menyasarkan kira-kira 80 peratus warga dewasa Orang Asli di Perak menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Sasaran itu dijangka dapat dicapai pada akhir bulan ini,” katanya.

Akhbar pada Isnin lalu melaporkan, sebanyak 23 perkampungan Orang Asli suku Semai di daerah Batang Padang dilaksanakan PKPD serentak selama 14 hari bermula semalam hingga 24 Ogos depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya