PH gesa calon Bersama jelaskan status kes SPRM

PH gesa calon Bersama jelaskan status kes SPRM

KHOO Poay Tiong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka menggesa calon parti Bersama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah menjelaskan status terkini kes mahkamah berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen yang pernah dihadapinya pada 2023.

Timbalan Pengerusi PH Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, penjelasan itu penting bagi membolehkan pengundi mengetahui latar belakang kes berkenaan sebelum membuat keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, Muhammad Muhaimin perlu tampil memberikan penjelasan secara terbuka berhubung perkembangan kes tersebut, memandangkan pengundi mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat sebelum memilih wakil rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya perkara itu merujuk kepada kes mahkamah pada 2023 apabila calon Bersama bagi kawasan Ayer Keroh didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemalsuan dokumen.

“Sebagai calon, beliau perlu menjelaskan kepada pengundi di DUN Ayer Keroh apakah status terkini kes mahkamah tersebut sebelum mereka membuat keputusan.

“Pengundi mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar berkaitan kes itu,” katanya dalam sidang akhbar harian PH hari ini. 

Turut hadir, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

Beliau berkata, kes berkenaan, berdasarkan pengetahuannya, berlaku ketika calon terbabit berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Khoo sekali lagi menggesa Muhammad Muhaimin tampil memberikan penjelasan supaya pengundi mendapat maklumat mengenai perkembangan kes tersebut.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan isu yang perlu dijelaskan kepada masyarakat sebelum pengundi menentukan pilihan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini