Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib dinyahklasifikasi

Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib dinyahklasifikasi

SAIFUDDIN Nasution Ismail (tengah) bergambar bersama peserta larian pada Program PDRM Fun Run 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Minit mesyua­rat Lembaga Pengampunan berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dinyahklasifikasi bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyediakan afidavit balas terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan Majlis Peguam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kandungan minit mesyuarat itu mengandungi maklumat penting yang perlu dimasukkan dalam afidavit bagi membolehkan kerajaan menjawab permohonan berkenaan.

Beliau berkata, AGC perlu mengemukakan afidavit balas bagi pihak kerajaan susulan tindakan Majlis Peguam mencabar isu berkenaan melalui proses semakan kehakiman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Afidavit itu hanya akan lengkap sekiranya perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dima­sukkan dalam kandungannya,” katanya ketika ditemui pada Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Fun Run di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Jemaah Menteri tidak pernah membincangkan berkaitan nyahklasifikasi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan seperti didedahkan secara terbuka oleh bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Beliau berkata, tindakan mem­bocorkan maklumat daripada dokumen penting kerajaan tidak boleh dipandang mudah kerana berpotensi menjejaskan keselamatan negara.

Katanya, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku melainkan kerajaan sendiri membuat keputusan untuk menyahklasifikasikan dokumen berkenaan.

Minit mesyuarat itu mencatatkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

Beberapa muka surat dokumen itu dikongsi oleh Tony menerusi akaun Facebook miliknya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini