Kediaman Najib di Langgak Duta digazetkan sebagai penjara bagi tahanan rumah - Utusan Malaysia

Kediaman Najib di Langgak Duta digazetkan sebagai penjara bagi tahanan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bangunan di No 11, Jalan Langgak Duta dan kawasan sekitarnya seluas 4558.975 meter persegi, secara rasmi diisytiharkan sebagai penjara bagi tujuan penahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menerusi Warta Kerajaan Persekutuan memaklumkan rumah bekas perdana menteri itu digazetkan sebagai penjara mengikut Akta Penjara 1995.

Warta itu menyebut, “Menteri mengisytiharkan semua bangunan dan kawasan dengan keluasan 4558.975 meter persegi di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai suatu penjara bagi maksud Akta bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu media melaporkan UMNO mengesahkan sudah menyelesaikan pembayaran denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi, sebagai syarat Najib menjalani tahanan umah.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) berpendirian pelaksanaan tahanan di rumah itu wajar ditangguhkan sementara.

Menurut AGC, ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sementara itu, pasukan pembelaan Najib iaitu firma guaman, Shafee & Co memaklumkan Najib belum dibebaskan dari Penjara Kajang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini