Wawasan sedia bertanding, belum tetapkan jumlah kerusi

Wawasan sedia bertanding, belum tetapkan jumlah kerusi

SAIFUDDIN Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Wawa­san Negara (Wawasan) belum me­netapkan sasaran kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung Wawasan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata, parti itu bersedia mengambil bahagian malah persiapan awal termasuk menggerakkan program dan aktiviti parti di peringkat akar umbi juga telah dimulakan.

“Belum ditentu (bertanding kerusi di kawasan mana). Kami sedia mengambil bahagian. Program Larian Pesisir Pantai pada Sabtu lalu adalah antara persediaan kami,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, ditanya ada­kah Wawasan gagal menjadi jambatan bagi menghubungkan kerjasama dengan parti politik lain bagi menubuhkan kerajaan, Saifuddin berkata, perjalanan tersebut masih baharu.

“Wawasan Negara mahu terus mengambil bahagian dalam perjalanan politik negara. Ini kerana kami mahu meneruskan falsafah perjuangan kami dalam menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Gambaran besarnya adalah membentuk kerajaan baharu di Putrajaya dengan cara bekerjasama dengan parti-parti yang mempunyai cita-cita yang sama.

“Sebab itu cara kami mengambil bahagian di PRN Negeri Sembilan tidak sama dengan cara kami di PRN Johor. Pokoknya kami ingin bekerjasama,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×