Negara perlu generasi muda berilmu, pacu pembangunan

Negara perlu generasi muda berilmu, pacu pembangunan

ANWAR Ibrahim bersama peserta Program MADANI Fellowship 2026 di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, semalam. – BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara memerlu­kan generasi muda yang mempunyai kekuatan semangat, ke­fahaman dan ilmu untuk me­laksanakan tugas serta tanggungjawab besar dalam memacu pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bakat dan ciri kepimpinan belia se­perti itu amat penting dalam mendepani pelbagai cabaran serta dinamika tadbir urus negara yang bersifat kompleks dan rencam.

“Bila saudara (peserta) du­duk di sini (dalam perkhidmatan awam), saudara akan lihat bagaimana rencam, bagaimana rumit permasalahan yang kita hadapi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai wilayah, pelbagai kelompok yang menuntut sebaik mungkin daripada kita. Tetapi insya-Allah, kita dapat lakukan dengan sebaik­nya,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Peserta Program Madani Fellowship 2026 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ke­tua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta barisan menteri Kabinet.

Sementara itu, Anwar berkata, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bersama rakan usaha samanya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, keputusan bagi projek di Kitimat, British Columbia itu membuka jalan kepada pelaburan sektor swasta bernilai CA$33 bilion.

“Pembesaran ini bakal menjadikan LNG Canada antara kemudahan gas asli cecair terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh bekalan tenaga kepada pasaran antarabangsa.

“Tahniah kepada seluruh warga Petronas atas kejayaan ini. Keupayaan syarikat negara menjayakan projek tenaga berskala besar bersama rakan antarabangsa turut mencermin­kan kepercayaan terhadap kepaka­ran dan kemampuan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pihaknya turut menghargai sokongan yang diberikan oleh Perdana Menteri Kanada, Mark Carney kepada Petronas.

“Saya mengalu-alukan pertemuan dengan beliau serta delegasi bersama PM Carney dan delegasi Kanda pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan persahabatan dan memperluas kerjasama Malaysia-Kanada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×