Kegembiraan 14 pekerja Coffee Bean mandi di Hutan Lipur Chamang bertukar tragedi - Utusan Malaysia

Kegembiraan 14 pekerja Coffee Bean mandi di Hutan Lipur Chamang bertukar tragedi

MAYAT Mohd. Aiman Nazmi yang lemas ketika beriadah bersama 13 rakannya di Hutan Lipur Chamang, Bentong. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kegembiraan 14 pekerja Syarikat Coffee Bean Caltex Sungai Besi beriadah di Hutan Lipur Chamang di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas ketika sedang mandi, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.29 petang itu, mangsa, Mohd. Aiman Nazmi Mohd Yusuf, 29, dari Felda Endau, Johor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.29 petang sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong digerakkan ke lokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, jentera bomba tiba di lokasi pada pukul 2.11 petang dan mendapati mangsa sudah dinaikkan oleh pihak perhutanan sebelum pasukan penyelamat tiba.

“Pemeriksaan dan pemantauan di lokasi mendapati mangsa sudah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa datang ke Hutan Lipur Chamang bersama 13 rakannya yang terdiri daripada lapan lelaki dewasa dan lima perempuan dewasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×