BACHOK: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengemukan mencadangkan supaya semua juruterbang dan anak-anak kapal penerbangan agar menjalani ujian saringan dadah secara rambang sebulan sekali.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, cadangan itu masih di peringkat penelitian dan kajian.
Katanya, bagaimanapun AADK sudah mengadakan perjumpaan dengan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk memeterai memorandum persefahaman (MoU) kerjasama yang lebih erat khususnya melibatkan pelaksanaan program Tempat Kerja Bebas Dadah (Tekad) pada Oktober ini.
“Menerusi MoU itu, kita mencadangkan agar dapat menjalankan ujian saringan air kencing kepada juruterbang dan anak-anak kapal secara rambang secara sebulan sekali.
“Sebenarnya, kerjasama antara AADK dan MAG sudah dijalankan sebelum ini, namun ujian saringan air kencing dijalankan secara berkala,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Lawatan Strategik Pengarah JSJN Bukit Aman ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bachok di sini hari ini.
Ruslin memberitahu, ujian urin secara kerap dalam tempoh yang pendek perlu dijalankan bagi mengelakkan kes tangkapan seorang pembantu juruterbang di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Indonesia baru-baru ini berulang.
Katanya, sehingga 15 September ini lebih 1,000 juruterbang telah menjalani ujian saringan itu dan mendapati kesemua mereka negatif dadah.
“Meskipun pihak MAG mempunyai hospital atau klinik panel termasuk doktor terlatih, AADK merasakan bahawa ujian urin dan pemeriksaan secara rambang perlu dijalankan.
“Ada kes memerlukan ujian urin dijalankan dalam masa yang singkat dan tempoh sebulan sekali adalah cadangan yang lebih sesuai kita buat secara rambang,” ujarnya.
Ruslin berkata, dia berharap MoU dimeterai antara AADK dan MAG dapat pada bulan depan dan segala draf cadangan sudah berada di peringkat akhir.
110926-Klt-JuterbangAirKencing-Done Online
RUSLIN (tengah) memberikan kata-kata semangat kepada klien AADK yang menerima rawatan dan pemulihan di Puspen Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
-habis-










