Wang simpanan, tabung pendidikan RM20,000 hangus

Wang simpanan, tabung pendidikan RM20,000 hangus

MOHD. Khairul Azwan Anuar melihat kebakaran rumahnya di Kampung Gok Kapur Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Wang simpanan kecemasan keluarga dan ta­bungan pendidikan anak berjumlah RM20,000 yang dikumpul selama lebih sedekad bertukar menjadi abu apabila rumah dan kedai runcit milik seorang pemandu lori di Kampung Gok Kapur di sini, musnah dalam kebakaran semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, Mohd. Khairul Azwan Anuar, 34, turut kehilangan kedai runcit yang menjadi sumber pendapatan keluarganya .

Katanya, wang tersebut adalah hasil simpanannya selama lebih 10 tahun melalui pendapatan sebagai pemandu lori dan keuntungan perniagaan runcit yang diusahakannya.

Menurutnya, semasa keja­dian, hanya isterinya, Siti Saidah Mohd. Khamsi, 33, berada di rumah, manakala tiga anak mereka yang berusia antara lima tahun hingga lapan tahun berada di sekolah.

“Saya berada di Bachok untuk menghantar barang sebelum menerima panggilan daripada isteri memaklumkan rumah terbakar.

“Sedih memang tidak dapat digambarkan apabila wang simpanan lebih 10 tahun untuk kegunaan kecemasan keluarga dan pendidikan anak-anak hangus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Mohd. Khairul Azwan ber­kata, dia bersama isteri dan tiga anak mereka kini menum­pang tidur di Masjid Kampung Banggol.

Katanya, mereka reda de­ngan ujian tersebut dan mene­rimanya dengan hati terbuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN