Penempatan baharu mangsa kebakaran

Penempatan baharu mangsa kebakaran

MOHD. Nassuruddin Daud menyampaikan bantuan awal kepada mangsa kebakaran di Kampung Cina Gok Kapur Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan meneliti dan membincangkan cadangan pe­nempatan baharu bagi mangsa kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur di sini yang me­ngakibatkan puluhan keluarga kehilangan tempat tinggal.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, perkara itu perlu diperhalusi memandangkan kebanyakan rumah yang musnah dalam kejadian tersebut dibina di atas tanah milik persendirian yang disewa oleh penduduk.

“Kita akan teliti dan bincang kemudian mengenai penempatan baharu kerana ia melibatkan tanah yang disewa oleh penduduk.

“Apa pun, semua mangsa diharap bersabar menghadapi ujian dan musibah ini,” kata­nya selepas menyampaikan bantuan awal iaitu wang tunai kepada 27 keluarga mangsa menerusi Tabung Serambi Mekah di sini, semalam.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, setakat ini mangsa ditempatkan sementara di surau kampung berkenaan, Masjid Kampung Banggol serta rumah saudara-mara.

“Mangsa terlibat juga disediakan kemudahan makan dan minum,” katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan sebanyak 29 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur di sini.

Ketua Zon 1 JBPM Kelantan, Penguasa Bomba Kanan II Khairul Ariffin Che Ramli berkata, siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, namun setakat ini belum dapat dipastikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN