Nasib peserta GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia tidak diketahui

Nasib peserta GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia tidak diketahui

SANI ARABY ABDUL ALIM ARABY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Nasib peser­ta Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) ter­masuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel sehingga tempoh 38 jam ini masih belum diketahui.

Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan belum me­nerima sebarang pengesahan rasmi berhubung status keselamatan semua peserta itu.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya meneliti sa­tu maklumat mengatakan ke­semua aktivis tersebut akan di­bebaskan pukul 7 pagi waktu Greece atau 12.30 tengah hari waktu Malaysia.

“Ini bermakna kemungkinan mereka tidak dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel. Jadi prosedur itu berbeza dengan sebelum ini.

“Namun, status terkini masih belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan juga kumpulan ground kita di pelabuhan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sani Araby berkata, SNCC te­lah berhubung dengan Perdana Menteri dan beliau menyatakan pendirian tegas kerajaan Malaysia termasuk kecaman terhadap pelanggaran dan pencabulan undang-undang antarabangsa oleh pihak rejim.

“Justeru, komitmen berterusan dan maksimum sedang digerakkan bagi membebaskan semua tahanan.

“SNCC dimaklumkan Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra telah memulakan usaha semaksimum mungkin untuk memperhubungi Konsulat Kehormat Malaysia di Greece serta sahabat-sahabat negara melalui usaha diplomasi bagi bagi membantu dan menyelaraskan usaha pembebasan khususnya aktivis Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini menjangkakan kesemua aktivis diculik secara tidak sah dan diletakkan di dalam kapal laut rejim Israel dan seterusnya dibawa ke darat Israel melalui Pelabuhan Ashdod.

“Tetapi informasi melalui kedutaan negara-negara Eropah memaklumkan bahawa ada satu usaha tekanan dilakukan secara besar-besaran khususnya daripada negara Sepanyol, Itali dan juga Eropah lainnya.

“Bukan sahaja menekan, tetapi saya dimaklumkan bahawa mereka juga menunggu untuk menutup pelabuhan di Eropah untuk memberi kesan langsung kepada Israel,” katanya.

Katanya, pihak Wisma Putra difahamkan bahawa sedang ber­sedia di pelabuhan sekiranya pembebasan aktivis GSF 2.0 khususnya rakyat Malaysia di situ.

“Itu sebaiknya yang kita harapkan, namun semua perkara boleh terjadi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim itu.

Insiden tersebut berlaku ketika flotila menghampiri perairan Greece dengan 21 kapal disahkan telah dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×