Perubahan iklim tingkat serangan migrain 

Perubahan iklim tingkat serangan migrain 

PERUBAHAN iklim menjadi punca lebih ramai orang mengalami migrain yang semakin teruk-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kajian terbaharu mendapati perubahan iklim menjadi faktor utama di sebalik peningkatan membimbangkan serangan migrain yang turut memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit.

Tahun lalu, kira-kira 40,000 orang di England dimasukkan ke hospital kerana migrain, peningkatan 20 peratus dalam tempoh lima tahun. 

Menurut Pakar Neurologi Universiti Colorado, Dr. Danielle Wilhour, perubahan iklim menyumbang kepada serangan migrain yang lebih kerap dan lebih teruk. 

“Perubahan iklim sedang memperkuat keadaan persekitaran yang diketahui mencetuskan migrain. Antara pencetus migrain yang dipengaruhi perubahan iklim termasuk suhu tinggi dan perubahan suhu yang mendadak, kualiti udara yang semakin teruk serta perubahan tekanan barometrik,” jelasnya.

Beliau berkata, stres psikologi berkaitan perubahan iklim turut menyumbang kekerapan tinggi serangan. 

“Kebimbangan yang meningkat akibat bencana cuaca ekstrem, gangguan rutin dan ketidakpastian alam sekitar boleh menambah risiko migrain. Tekanan pula dikenali sebagai antara pencetus migrain yang paling biasa,” katanya.

Kajian yang dibentangkan pada Mesyuarat Saintifik Tahunan Persatuan Migrain Amerika tahun lalu turut menganalisis diari pesakit migrain dan mendapati setiap kenaikan 1.2 darjah Celsius dalam suhu luar, terdapat peningkatan enam peratus dalam kes sakit kepala pada hari sama.

“Jika berlaku pemanasan global dan suhu yang lebih tinggi, pesakit akan terkena lebih banyak serangan sakit kepala dan migrain,” kata Penyelaras Kajian dan Pakar Perubatan Universiti Cincinnati, Prof. Dr. Vincent Martin. 

Katanya, sistem tekanan rendah, cuaca tidak menentu atau corak cuaca yang berubah-ubah akibat perubahan iklim boleh mencetuskan serangan migrain yang lebih kerap dan teruk serta sakit kepala yang bertahan lebih lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN