Kandungan langgar undang-undang, SKMM akan saman X - Fahmi

Kandungan langgar undang-undang, SKMM akan saman X – Fahmi

Saman X
FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyaman pengendali laman media sosial, X, berikutan penerbitan berterusan kandungan-kandungan yang menyalahi undang-undang negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, platform media sosial itu didapati membenarkan penerbitan atau penyebaran kandungan yang bertentangan dengan keselamatan pengguna, berbahaya kepada golongan remaja serta kanak-kanak.

Katanya, MCMC juga sedang mengadakan perbincangan berterusan dengan semua platform media sosial bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan Dalam Talian dan lain-lain undang-undang sedia ada.

“Jika platform media sosial gagal mematuhi keperluan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia termasuk aspek keselamatan pengguna, tindakan undang-undang boleh diambil.

“MCMC kini sedang mempertimbangkan untuk menyaman X kerana kegagalan memastikan keselamatan pengguna,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Selangor dan Kuala Lumpur, hari ini.

Malah, beliau berkata, isu utama dibangkitkan apabila kandungan yang ada pada platform media sosial itu berpotensi mencetuskan perdebatan tidak sihat serta kandungan tidak wajar kepada golongan bawah umur.

“Insya-Allah menjelang pertengahan tahun ini, kita menyasarkan kerjasama penuh semua platform media sosial untuk menghadkan akses dan penyebaran kandungan media sosial tertentu khususnya kepada pengguna berumur 16 tahun ke atas sahaja,” katanya.

Fahmi menegaskan kerajaan sudah menyelesaikan isu infrastruktur komunikasi dan kini memberi tumpuan kepada usaha menjadikan internet lebih selamat untuk rakyat terutama kanak-kanak dan remaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN