Sumbangan Yusuf Taiyoob diiktiraf

Sumbangan Yusuf Taiyoob diiktiraf

YUSUF Taiyoob (kanan) ketika menerima anugerah Pemimpin Perniagaan Terbilang untuk Kesan Sosial 2025 sempena AAMC 2025 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Usahawan ter­kemuka negara, Datuk Seri Yusuf Taiyoob menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Pemimpin Perniagaan Terbilang untuk Kesan Sosial 2025 sempena Persidangan Antarabangsa Asian Academy of Management (AAMC 2025), di sini semalam.

Anugerah tersebut diberikan kepada beliau atas sumbangan luar biasa dalam memacu pembangunan sosial melalui inisiatif tanggungjawab korporat yang konsisten dan memberi impak mendalam kepada masyarakat.

Yusuf yang juga merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjuangannya dan syarikat dalam membangunkan produk jenama tempatan sehingga dikenali di peringkat global.

“Saya berharap agar anugerah yang saya terima ini juga akan menjadi inspirasi atau pendorong kepada orang lain terutamanya golongan pelajar dan masyarakat itu sendiri untuk sentiasa menolong orang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Hadir menyampaikan anugerah itu ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed.

AAMC 2025 yang dianjurkan oleh USM melalui Pusat Pengajian Pengurusan dan Asian Aca­demy of Management (AAM) itu secara umumnya menghimpunkan ramai tokoh akademik, pemikir industri dan peneraju perniagaan dari seluruh sAsia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Turut menerima anugerah pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif AK Academy, Datuk Log. Ts. Dr. Chang Kah Loon (Anugerah Alumni Terbilang) serta Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu Aminuddin Zulkipli yang diberikan gelaran Felo Industri, Pusat Pengajian Pengurusan, USM.

Dalam pada itu, Yusuf memberitahu, Yayasan Yusuf Taiyoob akan meneruskan tajaan kepada 10 pelajar universiti yang kurang berkemampuan bagi memastikan keperluan mereka sentiasa mencukupi.

“Sebelum ini kami menaja 10 pelajar USM dan kini iaitu selepas mereka tamat pengajian, kami menaja 10 lagi pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) pula dan tajaan ini akan diteruskan kepada pelajar universiti lain selepas ini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×