PH tidak letak calon Ketua Menteri

PH tidak letak calon Ketua Menteri

ANWAR Ibrahim pada Program Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah di Kota Kinabalu, Sabah di sini hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) tidak menampilkan calon untuk jawatan Ketua Menteri dan menekankan bahawa keputusan itu sepenuhnya terletak pada rakyat Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun mengiktiraf hubungan rapat antara PH dan kerajaan Negeri, beliau menekankan pentingnya menghormati autonomi Sabah dalam memilih pemimpin sendiri.

“Kami tidak meletakkan calon untuk Ketua Menteri kerana pilihan itu milik Sabah.

“Walaupun kami bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri, pilihan itu milik anda. Apa yang kami mahu ialah Pakatan Harapan kukuh, calon kami calon yang mampu menjaga Sabah dan memastikan hubungan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan baik. Kami bekerjasama untuk membangunkan Sabah,” katanya semasa Ceramah Umum PMX Harapan Urang Sabah di Bukit Padang, di sini, semalam.

Beliau berkata PH komited menangani cabaran lama Sabah, dengan visi mewujudkan negeri yang makmur berdasarkan keterangkuman dan perkhidmatan awam yang ikhlas.

“Jika kita pilih pemimpin yang marah di sini, marah di sana, tidak suka kaum ini, tidak suka Semenanjung, bagaimana kita mahu menjaga rakyat? Kepimpinan kami mahu berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa walaupun PH tidak bertanding di banyak kerusi, ia memainkan peranan penting dalam memastikan tadbir urus baik dan mencegah rasuah.

“Kami mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan PH untuk memfokus kepada Sabah baharu, membangunkan negeri ini, memajukan projek dalam semua bidang. Sabah mempunyai potensi yang besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN