Malaysia bebas jalin hubungan antarabangsa – PM

Malaysia bebas jalin hubungan antarabangsa – PM

ANWAR Ibrahim melakukan gimik Majlis Pecah Tanah dan Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang, semalam. – MINGGUAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Malaysia ke­kal sebagai negara bebas dan berdaulat dalam menjalin hu­bungan antarabangsa tanpa tun­duk kepada mana-mana kua­sa besar.

Perdana Menteri, Datuk Se­ri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan dagang dan pelaburan de­ngan semua negara termasuk Amerika Syarikat (AS), China, Brazil dan Afrika Selatan demi kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Menurut Anwar, beliau me­ngesahkan Malaysia akan tetap menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang dija­dual berlangsung di Afrika Selatan hujung bulan ini walaupun AS memulaukan.

“Betul kita baik dengan Amerika Syarikat. Contohnya pada hari Ahad (Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur) tandatangan dengan Amerika Syarikat (Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART), bincang dengan Presiden Donald Trump, terus kena kecam seolah kita tunduk kepada Amerika.

“Saya jemput juga Pre­siden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa yang mempengerusikan G20, Trump umumkan melarang semua wakil AS hadir ke G20, tapi saya akan hadir kerana Malaysia negara merdeka, berdaulat dan bebas, kalau kita tunduk kepada arahan Amerika, saya tidak akan pergi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini semalam.

Malaysia dan AS menandatangani ART pada 26 Oktober lalu, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, meskipun Malaysia menandatanga­ni ART­ dengan AS, ia tidak meng­halang kerjasama dengan negara lain termasuk dalam sektor nadir bumi.

Perdana Menteri berkata, pendekatan pragmatik itu penting bagi memastikan Malaysia terus menarik pelaburan dalam sektor berimpak tinggi seperti semikonduktor dan tenaga hijau sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN