Lelaki ditemukan maut dipercayai dibunuh - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan maut dipercayai dibunuh

equador
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki lelaki permastautin tetap ditemukan mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong, malam ini.

Mangsa berusia 49 tahun itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 7.03 malam di tangga rumah kedai itu sebelum memaklumkan kepada petugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, lelaki berkenaan kemudian telah membuat panggilan memaklumkan mengenai kejadian menerusi panggilan MERS 999.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh orang yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit
kesalahan.

“Kes masih dalam peringkat siasatan. Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Serdang di talian 03-8074 2222,” katanya di sini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini