Jiran berusia 54 tahun rogol pelajar tingkatan satu ditahan

Jiran berusia 54 tahun rogol pelajar tingkatan satu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai merogol kanak-kanak perempuan di Bandar Tasik Puteri, Rawang kelmarin.

Penahanan suspek berusia 54 tahun itu dilakukan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima laporan berhubung kes rogol membabitkan mangsa berusia 13 tahun pukul 8.15 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu ialah ibu kepada mangsa berusia 35 tahun.

“Mangsa dipercayai dirogol oleh seorang lelaki dikenali yang juga penduduk di kawasan kejiranan terbabit.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gombak menahan suspek di kawasan Bandar Tasik Puteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan direman seminggu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN