Pelajar tingkatan tiga dirogol beramai-ramai dalam kelas

Pelajar tingkatan tiga dirogol beramai-ramai dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di negeri ini dipercayai menjadi mangsa rogol dua pelajar senior dalam kelasnya sendiri, dan kejadian itu turut dirakam serta disaksikan dua pelajar lain.

Kejadian itu terbongkar petang kelmarin selepas ibu mangsa menerima maklumat daripada guru sekolah berhubung penyebaran video tidak senonoh membabitkan anak sulung­nya sebelum membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah.

Difahamkan, kejadian di­per­cayai berlaku kira-kira pu­­kul 2.50 petang pada 2 Oktober lalu ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran sains yang tertinggal.

“Sebaik tiba di kelas, mangsa ternampak dua pelajar lelaki berusia 17 tahun sedang menghendap dari celah pintu.

“Selepas mengambil barang dan ketika menuruni tangga, salah seorang suspek menggenggam tangan, menutup mulut dan menolak mangsa masuk semula ke dalam kelas,” kata sumber.

Katanya, seorang lagi suspek bertindak menjaga di kawasan tangga manakala dua pelajar lain masuk ke dalam kelas dan menyaksikan kejadian itu.

“Suspek pertama bertindak membogelkan serta merogol mangsa sebelum suspek kedua turut melakukan perbuatan sama.

“Seorang lagi suspek mera­kam kejadian menggunakan te­lefon bimbit milik suspek pertama manakala seorang lagi mengawal di luar kelas,” katanya.

Mangsa yang dalam keada­an trauma tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sehinggalah ibunya dimaklumkan oleh guru selepas video berkenaan mula tersebar dalam kalangan pelajar.

Difahamkan, keempat-empat suspek yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan ditahan kelmarin dan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, perintah reman selama enam hari telah diperoleh terhadap kesemua suspek bermula semalam hingga 16 Oktober bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN