Ramai askar Israel sakit mental akibat perang Gaza

Ramai askar Israel sakit mental akibat perang Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Kementerian Pertahanan Israel mendedahkan lebih 20,000 askar cedera sejak perang di Gaza bermula pada Oktober 2023, dengan lebih separuh daripadanya mengalami masalah kesihatan mental termasuk gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

Menurut Jabatan Pemulihan kementerian itu, kira-kira 56 peratus daripada askar yang cedera menghidap PTSD atau gangguan mental lain.

Data terbaharu itu sekali gus menunjukkan beban psikologi berat dihadapi askar Israel akibat konflik berterusan di Gaza

Hampir 45 peratus kes membabitkan kecederaan fizikal, manakala 20 peratus lagi berdepan kedua-dua masalah fizikal dan mental.

Seramai 99 askar memerlukan kaki atau tangan palsu selepas amputasi, 16 lumpuh, 56 dikategorikan mengalami kecacatan melebihi 100 peratus dan 24 disenaraikan hilang upaya kekal.

Kementerian itu turut memaklumkan sekitar 64 peratus daripada 20,000 askar cedera adalah anggota simpanan, dengan kira-kira 1,000 askar baharu menerima rawatan setiap bulan selain ratusan permohonan berkaitan peperangan lalu.

Secara keseluruhan, sistem pemulihan kini merawat lebih 81,000 veteran, termasuk 31,000 atau hampir 40 peratus yang bergelut dengan trauma psikologi.

Angka itu dijangka meningkat kepada hampir 100,000 menjelang 2028, dengan sekurang-kurangnya separuh dijangka menghidap PTSD dan gangguan mental berkaitan.

Dalam tempoh sama, tentera Israel membunuh hampir 65,000 penduduk Palestin di Gaza, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, menerusi serangan berterusan yang menyebabkan wilayah itu tidak lagi sesuai didiami.- ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN