TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengaku negara haram itu sedang berdepan pengasingan di peringkat antarabangsa susulan perang di Gaza yang hampir memasuki tahun kedua. Memberi amaran keadaan itu boleh berlanjutan selama bertahun-tahun, Netanyahu menegaskan Israel kini tiada pilihan selain bergantung kepada kekuatan sendiri. Pemimpin ekstremis itu berkata, ekonomi Israel perlu menyesuaikan dengan ciri-ciri autarki, yang kurang bergantung kepada perdagangan luar. “Itu perkataan yang saya benci,” katanya ketika berucap…










