Populasi pendatang di AS merosot sejak Trump memerintah

Populasi pendatang di AS merosot sejak Trump memerintah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Populasi pendatang di Amerika Syarikat (AS) menurun lebih sejuta orang sejak Donald Trump memegang jawatan presiden pada Januari, selepas beliau mendefinisikan imigresen sebagai ancaman kepada negara.

Menurut kajian terbaharu Pusat Penyelidikan Pew, jumlah pendatang di AS mencatat rekod 53.3 juta pada Januari, namun menurut kepada 51.9 juta menjelang Jun tahun ini.

Daripada keseluruhan penduduk, 15.4 peratus adalah pendatang, berbanding paras tertinggi 15.8 peratus pada Januari.

Kajian itu turut mendedahkan 750,000 pekerja pendatang keluar daripada tenaga buruh AS sejak Januari, yang kini dianggarkan 19 peratus terdiri daripada kelahiran asing.

Pusat itu menyatakan beberapa perubahan dasar, termasuk sekatan permohonan suaka oleh Presiden Joe Biden pada 2024, menyumbang kepada penurunan ketara dalam jumlah pendatang yang mencari suaka.

Ia turut menekankan 181 tindakan eksekutif Trump yang menumpukan kepada imigresen, termasuk ketibaan pendatang baharu dan pengusiran besar-besaran imigran bukan warganegara.

Kajian Pew mendedahkan, Mexico kekal sebagai negara asal terbesar dalam kalangan pendatang di AS.

Kumpulan pendatang kedua terbesar adalah dari India, seramai 3.2 juta orang atau enam peratus daripada jumlah pendatang menjelang pertengahan 2023.

Manakala, China, Filipina dan Cuba masing-masing menyumbang antara tiga hingga enam peratus daripada populasi pendatang.

Analisis The Guardian pada Julai lalu mendedahkan bagaimana pentadbiran Trump memperkuat sistem penguatkuasaan imigresen negara, menyebabkan penahanan pendatang mencapai rekod tertinggi.

Purata penahanan harian meningkat 268 peratus berbanding Jun 2024, menyasarkan semua pendatang tanpa izin termasuk mereka tanpa rekod jenayah.

Sejak itu, lebih 8,100 pendatang diusir ke negara yang bukan negara asal mereka.- THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×