Data peribadi ribuan rakyat Afghanistan di UK bocor

Data peribadi ribuan rakyat Afghanistan di UK bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Maklumat peribadi ribuan rakyat Afghanistan yang dipindahkan ke United Kingdom (UK) berisiko terdedah selepas sub-kontraktor Kementerian Pertahanan (MoD) mengalami kebocoran data.

Nama, maklumat pasport dan butiran Polisi Pemindahan dan Bantuan Afghanistan sehingga 3,700 warga negara itu berpotensi terjejas selepas Inflite The Jet Centre, yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan di lapangan terbang London Stansted, mengalami insiden keselamatan siber.

Kejadian berlaku sebulan selepas pendedahan besar data pada 2022 mengenai maklumat hampir 19,000 orang yang memohon untuk ke UK bagi melarikan diri daripada Taliban.

Kerajaan menegaskan, insiden itu tidak menimbulkan sebarang ancaman terhadap keselamatan individu dan menjejaskan sistem kerajaan.

Setakat ini, tiada bukti menunjukkan sebarang data didedahkan secara terbuka.

Rakyat Afghanistan yang terjejas dipercayai tiba di UK antara Januari dan Mac 2024, di bawah skim penempatan semula bagi mereka yang pernah bekerja dengan tentera British.

Satu e-mel yang dihantar pasukan penempatan semula Afghanistan pada Jumaat, menasihati keluarga mereka bahawa maklumat peribadi mungkin terdedah.

“Ini mungkin termasuk butiran pasport (nama, tarikh lahir dan nombor pasport), serta nombor rujukan Polisi Pemindahan dan Bantuan Afghanistan,” menurut e-mel itu.

Mereka yang terjejas juga termasuk anggota tentera British dan bekas menteri kerajaan Konservatif, menurut BBC.

Inflite The Jet Centre dalam satu kenyataan berkata, ia percaya skop insiden itu terhad kepada akaun e-mel sahaja dan sudah melaporkannya kepada Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN