Ukraine syor rundingan damai baharu dengan Russia

Ukraine syor rundingan damai baharu dengan Russia

VOLODYMYR ZELENSKYY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mencadangkan satu lagi pusingan baharu rundingan damai dengan Russia yang dijangka diadakan minggu hadapan.

Perkara itu diumumkan Presiden Volodymyr Zelensky, hanya beberapa jam selepas serangan udara Russia di seluruh Ukraine meragut lebih banyak nyawa, kelmarin.

Dua pusingan rundingan terdahulu yang diadakan di Istanbul tidak membawa sebarang kemajuan ke arah gencatan senjata, sebaliknya hanya menghasilkan pertukaran tahanan berskala besar dan perjanjian pemulangan mayat askar yang terkorban.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiausaha Majlis Keselamatan, Rustem Umerov, turut melaporkan beliau mencadangkan pertemuan seterusnya dengan pihak Russia minggu hadapan.

“Momentum rundingan ini perlu dipertingkatkan,” kata Zelensky dalam ucapannya pada Sabtu.

Presiden Ukraine itu turut mengulangi kesediaannya untuk mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin.

“Pertemuan di peringkat kepemimpinan adalah perlu untuk menjamin keamanan yang berkekalan,” tegasnya.

Dalam rundingan bulan lalu, Russia mengemukakan beberapa tuntutan tegas termasuk desakan supaya Ukraine menyerahkan lebih banyak wilayah dan menolak segala bentuk sokongan ketenteraan daripada Barat.

Bagaimanapun, Kyiv menolak tuntutan itu sebagai tidak boleh diterima dan mempersoalkan kewajaran rundingan jika Moscow tidak bersedia untuk membuat sebarang kompromi.

Sebelum ini, Kremlin menyatakan kesediaan untuk meneruskan rundingan damai selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi tempoh 50 hari kepada Russia untuk mencapai perjanjian atau berdepan sekatan baharu.

Trump juga berjanji akan menyalurkan bantuan ketenteraan baharu kepada Ukraine, yang ditaja oleh sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), susulan serangan udara Russia yang semakin kerap ke atas bandar utama negara itu.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian di Istanbul, Ukraine menerima 1,000 mayat askarnya pada 17 Julai lalu, manakala Russia memaklumkan menerima 19 mayat daripada pihak Ukraine.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN