Netanyahu sengaja panjangkan perang Gaza hingga pilihan raya

Netanyahu sengaja panjangkan perang Gaza hingga pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Bekas Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, menuduh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu cuba memanjangkan perang Gaza sehingga pilihan raya.

Lieberman, yang juga pemimpin parti sayap kanan Yisrael Beiteinu, mendakwa tekanan dalaman akan ditujukan kepada Netanyahu selepas semua tebusan yang diculik pejuang Hamas dikembalikan dan perang berakhir.

“Netanyahu mahu melanjutkan perang sehingga pilihan raya,” kata Lieberman kepada penyiar awam Israel, KAN, semalam.

Bekas menteri itu tidak menjelaskan sama ada beliau merujuk kepada pilihan raya selepas tamat penggal Netanyahu pada Disember 2026 atau pemilihan awal yang mungkin diadakan pada akhir 2025 atau awal tahun depan.

“Mustahil untuk menghapuskan Hamas tanpa terlebih dahulu mengembalikan semua tebusan (di Gaza) secara serentak,” katanya.

Rundingan tidak langsung bermula pada 6 Julai di Doha, Qatar, bagi mencapai perjanjian yang merangkumi gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara Hamas serta Israel.

Sumber yang rapat dengan Hamas memberitahu Anadolu, kumpulan itu menerima peta terkini daripada pihak pengantara yang menunjukkan kawasan di Gaza masih berada di bawah kawalan Israel, dan memulakan perbincangan dalaman bagi menilai peta tersebut.

Tentera Israel membunuh hampir 59,000 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Pengeboman tanpa henti itu memusnahkan wilayah tersebut sehingga tidak lagi boleh didiami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN