Menteri Israel bangga pamer kemusnahan di Beit Hanoun

Menteri Israel bangga pamer kemusnahan di Beit Hanoun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, memuat naik gambar udara yang menunjukkan kemusnahan bandar Beit Hanoun di utara Gaza, sambil berbangga mengatakan kawasan itu kini diratakan ke tanah.

Gambar tersebut memaparkan kawasan luas yang hanya tinggal runtuhan, dengan bangunan musnah sepenuhnya.

“Selepas Rafah dan Beit Hanoun… tiada lagi tempat berlindung bagi keganasan,” kata Katz dalam hantaran di platform X semalam.

Beit Hanoun merupakan antara kawasan pertama yang dimasuki tentera Israel semasa pencerobohan darat bermula pada 28 Oktober 2023.

Walaupun sudah lebih 21 bulan sejak perang bermula, kumpulan pejuang Palestin masih mampu melancarkan serangan hendap terancang di kawasan itu, menyebabkan korban dalam kalangan tentera Israel dan menunjukkan kegagalan Tel Aviv untuk mencapai matlamat peperangannya.

Tentera Israel mengesahkan lima anggota dari Batalion Netzah Yehuda dalam Briged Kfir terbunuh dan 14 lagi cedera, termasuk dua kritikal, dalam pertempuran di Beit Hanoun pada Isnin lalu.

Siasatan tentera kemudian mendedahkan pejuang Hamas meletupkan tiga peranti terhadap pasukan tentera yang sedang meronda sebelum melepaskan tembakan menggunakan mesingan.

Beit Hanoun yang menempatkan kira-kira 60,000 penduduk, terletak di sempadan utara Gaza, sekian lama berada di bawah kawalan ketenteraan Israel melalui serangan udara dan artileri, manakala unit darat melakukan rondaan secara terhad di sekitar kawasan berkenaan.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kawasan tersebut menyaksikan serangan udara intensif di tengah peningkatan operasi darat.

Israel mengumumkan pada Selasa lalu bahawa Beit Hanoun kini dikepung dari semua arah.

Pada 2 Jun 2024, Jawatankuasa Kecemasan Perbandaran Gaza Utara mengisytiharkan Beit Hanoun sebagai kawasan bencana susulan serangan berterusan Israel, kemusnahan hampir sepenuhnya infrastruktur dan perkhidmatan asas serta keruntuhan situasi kemanusiaan. -ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN