Menteri Buruh letak jawatan selepas dakwa Cuba tiada pengemis

Menteri Buruh letak jawatan selepas dakwa Cuba tiada pengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Menteri Buruh Cuba, Marta Elena Feito Cabrera, terpaksa meletak jawatan selepas kenyataannya yang menafikan kewujudan pengemis di negara itu mencetuskan kemarahan rakyat.

Dalam satu sesi Parlimen, beliau mendakwa tiada istilah pengemis di Cuba dan individu yang mengais sampah pada dasarnya berbuat demikian atas pilihan sendiri untuk mencari ‘duit mudah’.

“Tiada pengemis di Cuba. Yang ada hanyalah orang yang menyamar sebagai pengemis untuk mendapatkan duit mudah,” katanya dalam sesi di Perhimpunan Kebangsaan, awal minggu ini.

Kenyataan itu mendapat kecaman meluas daripada rakyat Cuba dan turut mendapat perhatian Presiden Miguel Diaz-Canel.

Diaz-Canel kemudian mengkritik Feito Cabrera dalam sesi Parlimen, tanpa menyebut namanya, dengan menegaskan kepemimpinan negara tidak boleh bersikap angkuh atau terputus daripada realiti sebenar rakyat.

Beberapa aktivis dan cendekiawan Cuba turut menerbitkan surat terbuka yang menuntut beliau dipecat, dengan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai penghinaan terhadap rakyat negara itu.

Tidak lama kemudian, Feito Cabrera mengumumkan peletakan jawatannya.

Peletakan jawatan itu diterima oleh Parti Komunis Cuba dan kerajaan.

Krisis ekonomi berterusan di Cuba menyebabkan peningkatan kadar kemiskinan dan kekurangan bekalan makanan di negara yang diperintah oleh kerajaan komunis itu.

Walaupun kerajaan Cuba tidak menerbitkan data rasmi mengenai jumlah pengemis, peningkatan golongan tersebut dapat dilihat jelas oleh kebanyakan rakyat susulan krisis ekonomi yang semakin meruncing di pulau itu.- BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN