Korban hujan monsun di utara India cecah 104 orang

Korban hujan monsun di utara India cecah 104 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Angka kematian akibat hujan monsun lebat yang melanda utara India kini melebihi 100 orang, menurut pegawai hari ini.

Menurut Pusat Operasi Kecemasan, jumlah kematian kini mencecah 104 orang, manakala sekurang-kurangnya 189 yang lain cedera dan 35 lagi dilaporkan masih hilang.

Kebanyakan kematian dan kecederaan dilaporkan berlaku di negeri Himachal Pradesh, kawasan paling teruk terjejas dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Daripada jumlah korban tersebut, 15 maut akibat hujan lebat dan lapan akibat banjir kilat, manakala selebihnya meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya serta lemas.

Hujan monsun di India biasanya bermula pada Jun dan berakhir sekitar September.

Pusat Operasi Kecemasan melaporkan hujan lebat itu turut mengorbankan sekurang-kurangnya 22,960 ternakan dan unggas.

Dengan kerosakan besar yang berlaku, kerajaan negeri kini mengemukakan permohonan bantuan khas daripada kerajaan persekutuan.

“Kami meminta pakej bantuan khas untuk negeri ini,” kata Ketua Menteri Himachal Pradesh, Shukvinder Singh Sukhu, selepas bertemu Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, di ibu negara semalam.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN