Israel bom gudang, penginapan kakitangan WHO di Gaza

Israel bom gudang, penginapan kakitangan WHO di Gaza

ASAP tebal memenuhi ruang udara kem pelarian Jabalia selepas dibedil tentera Israel di tengah Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel mengebom gudang dan penginapan kakitangan milik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gaza, sekali gus mencetuskan kecaman antarabangsa yang semakin memuncak terhadap serangannya ke atas orang awam kelaparan serta usaha bantuan kemanusiaan di wilayah itu.

Serangan udara itu menyasarkan kemudahan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Deir al-Balah, kawasan yang kini menjadi tumpuan ketenteraan Israel.

Serangan berlaku ketika Israel turut membatalkan visa kerja Ketua Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Gaza, Jonathan Whittall, yang merupakan pegawai bantuan paling kanan di wilayah itu.

Beberapa jam sebelum itu, 27 negara Barat termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Australia dan Kanada mengeluarkan kenyataan bersama yang tegas, mengecam sekatan Israel terhadap bantuan kemanusiaan serta menyeru agar perang dihentikan serta-merta.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres turut memberi amaran talian hayat terakhir yang menyelamatkan nyawa di Gaza, dan menegaskan usaha bantuan kini dihalang, diganggu dan berada dalam bahaya.

Beliau kesal dengan laporan mengenai ramai kanak-kanak dan rakyat Gaza yang menderita akibat kekurangan zat makanan, susulan pegawai kesihatan mengesahkan 15 lagi kematian berlaku termasuk empat kanak-kanak.

Program Makanan Sedunia (WFP) turut memberi amaran bahawa satu perempat daripada populasi Gaza kini menghadapi kebuluran, dengan hampir 100,000 wanita dan kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan akut yang serius.- THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN