Belanda isytihar dua menteri Israel 'persona non grata'

Belanda isytihar dua menteri Israel ‘persona non grata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Kerajaan Belanda mengisytiharkan dua menteri kanan Israel sebagai persona non grata berikutan tindakan dan kenyataan mereka yang dianggap melampau terhadap rakyat Palestin.

Langkah melibatkan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir itu diumumkan melalui surat rasmi kepada Parlimen yang dikeluarkan semalam.

Menurut Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp, kedua-dua tokoh sayap kanan itu berulang kali menghasut keganasan peneroka terhadap Palestin, menyokong peluasan penempatan haram dan menyeru pembersihan etnik di Gaza.

Jun lalu, Belanda turut menyokong cadangan Sweden untuk mengenakan sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap kedua-dua menteri berkenaan.

Namun, usaha itu gagal memperoleh sokongan sebulat suara dalam Majlis Hal Ehwal Luar EU.

Susulan itu, Smotrich menuduh pemimpin Eropah tunduk kepada ‘pembohongan Islam radikal’ dan antisemitisme yang semakin meningkat.

Sementara itu, Ben-Gvir menegaskan akan terus bertindak demi kepentingan Israel walaupun diharamkan memasuki seluruh Eropah.

“Di tempat yang bertolak ansur terhadap pengganas dan mengalu-alukan mereka, menteri Yahudi dari Israel tidak dialu-alukan, pengganas bebas dan orang Yahudi diboikot,” katanya dalam platform X.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN