Penduduk Gaza jumpa dadah dalam bantuan AS-Israel

Penduduk Gaza jumpa dadah dalam bantuan AS-Israel

SEORANG kanak-kanak Palestin memikul guni tepung di atas bahunya ketika orang ramai menyerbu gudang Program Makanan Sedunia (WFP) di Deir el-Balah, tengah Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pihak berkuasa Gaza menemukan pil opioid jenis oxycodone dalam bungkusan tepung yang diagihkan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF), yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, penduduk Palestin menemukan ubat tahan sakit jenis oxycodone, di dalam bungkusan tepung yang diterima daripada pusat agihan bantuan dikendalikan AS.

“Tidak mustahil pil-pil ini sengaja dihancurkan atau dilarutkan ke dalam tepung, merupakan serangan terus terhadap kesihatan awam,” menurut kenyataan itu.

Pejabat media tersebut menuduh Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas ‘jenayah keji’ yang disifatkan sengaja menyebarkan ketagihan dan merosakkan struktur sosial rakyat Palestin.

“Ini adalah sebahagian daripada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya sambil menyifatkan penggunaan dadah sebagai senjata halus dalam perang kotor ke atas orang awam.

Sebelum ini, Israel merangka pelan untuk mewujudkan empat pusat agihan bantuan di selatan dan tengah Gaza, yang menurut media rejim bertujuan menggalakkan perpindahan rakyat Palestin dari utara ke selatan wilayah itu.

Mekanisme bantuan yang dikendalikan Israel ditolak oleh masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerana dilihat sebagai usaha untuk memintas saluran agihan bantuan melalui agensi antarabangsa.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 549 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 4,000 lagi cedera akibat tembakan tentera Israel berhampiran pusat bantuan dan lokasi trak makanan PBB sejak 27 Mei lalu.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN