Zuraida jangka Rafizi keluar PKR jika tewas

Zuraida jangka Rafizi keluar PKR jika tewas

ZURAIDA KAMARUDDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PKR memba­yangkan nasib Timbalan Pre­siden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli akan berakhir seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akhirnya menjadi salah seorang ‘bekas’ pimpinan parti itu.

Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, meskipun sebelum ini dianggap sebagai orang kuat parti, segala usaha dan jasa Rafizi pasti tidak akan lagi dikenang.

Menurutnya, apabila seseorang itu lantang dalam menyuarakan pendapat, pasti ia menimbulkan ketidakselesa­an dalam kalangan ahli dan pimpinan parti.

Malah katanya, nasib Rafizi dilihat lebih ‘malang’ kali ini kerana terpaksa berhadapan de­ngan anak Presiden parti dan Perdana Menteri iaitu Nurul Izzah Anwar.

“Sewaktu Mohamed Azmin bertanding jawatan Timbalan Presiden dan bersaing dengan Rafizi, Anwar dilihat lebih menyebelahi kepada Rafizi, tetapi waktu itu Azmin menang.

“Banyak perkara yang kita bincangkan bersama dalam mesyuarat pimpinan PKR dan sewaktu itu juga saya berada di dalam pimpinan, cadangan kami banyak disisihkan. Ba­nyak perkara diputuskan tidak mengambil kira cadangan da­ripada Azmin dan kumpulannya termasuk saya.

“Sebab itu akhirnya Azmin, saya dan beberapa orang lain keluar, kami bersama Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

“Saya tidak terkejut sebenarnya jika Rafizi dan kumpulannya pula berpaling tadah dan meninggalkan parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mengulas lanjut, Zuraida ber­kata, kelantangan Rafizi itu sudah pasti membuatkan ada pihak yang tidak menyukai­nya sekali gus menjangkakan Ahli Parlimen Pandan itu akan bertindak keluar parti jika tewas dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden itu.

“Sepanjang perkenalan sa­ya dan Rafizi, dia mempu­nyai sasaran dalam membuat sesuatu perkara. Kerja dia ber­jalan, dan antara pimpinan yang benar-benar menunjukkan prestasi yang baik, sementara Nurul Izzah lebih menggunakan strategi berdiplomasi dengan semua pihak.

“Melihat perbandingan da­­lam aspek tersebut, gerak ker­ja Rafizi lebih tersusun berban­ding Nurul Izzah,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×