Gunung berapi tengah Filipina meletus

Gunung berapi tengah Filipina meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sebuah gunung berapi di tengah Filipina meletus awal pagi tadi, dengan memuntahkan tiang abu setinggi 4.5 kilometer (km) ke langit.

Situasi itu mendorong pihak berkuasa menaikkan tahap amaran di Gunung Bulusan dan memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi zon bahaya sejauh empat kilometer.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menaikkan status amaran Bulusan daripada Tahap 0 kpeada Tahap 1 pada skala lima peringkatnya, menandakan risiko letusan freatik.

Sebelum letusan berlaku antara pukul 4.36 pagi hingga 5 pagi, institut berkenaan merekodkan 53 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam.

Institut itu turut menggesa orang ramai supaya berwaspada dalam zon bahaya dua kilometer yang diperluaskan di sektor tenggara, berikutan risiko serpihan atau runtuhan batu.

Pihak berkuasa penerbangan awam juga dinasihatkan supaya memberi amaran kepada juruterbang agar mengelak daripada terbang berhampiran puncak Bulusan.

Bulusan merupakan satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.

Awal April lalu, Filipina turut merekodkan satu lagi letusan di Gunung Kanlaon.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN