Mekanisme subsidi RON95 tidak penting – Anwar

Mekanisme subsidi RON95 tidak penting – Anwar

ANWAR Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Shah Alam, semalam. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Isu mekanisme pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 tidak perlu dirunsingkan kerana ia tidak memberi kesan kepada 85 hingga 90 peratus rakyat biasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri An­war Ibrahim berkata, penge­cualian subsidi hanya untuk warga asing dan golongan maha kaya yang bergaji RM50,000 sebulan.

“Apa pun kaedah yang di­perkenalkan dalam isu rasio­nalisasi ini janganlah dengar (kesannya) ia menyebabkan kenaikan tarif elektrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang naik itu untuk golo­ngan kaya sahaja. Begitu juga minyak RON 95, yang dikenakan (pengecualian subsidi) adalah warga asing dan golongan maha kaya yang bergaji RM50,000 sebulan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Tun Uda Seksyen 16, di sini semalam.

Sementara itu, menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Perdana Menteri menasihatkan orang ramai yang mula pulang ke kampung halaman supaya memandu dengan berhati-hati dan berwaspada.

Katanya, ia bagi memastikan statistik kemalangan tidak terus meningkat setiap kali musim perayaan.

“Menjelang Hari Raya Aidilfitri saya meminta mereka yang pulang ke tempat masing-ma­sing supaya ambil semua langkah yang perlu agar memandu dengan lebih waspada.

“Jumlah kemalangan agak meningkat terlalu tinggi dan kita harus elakkan. Kita hendak pergi (balik kampung) untuk silaturahim, kalau kemalangan akan menyusahkan saudara-mara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN