Jabatan Kesihatan AS kurangkan 20,000 pekerja

Jabatan Kesihatan AS kurangkan 20,000 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan untuk menghentikan seramai 10,000 pekerja sepenuh masa dan 10,000 orang lagi akan bersara awal sebagai langkah penstrukturan semula besar-besaran.

Langkah itu dikatakan selaras dengan sasaran kecekapan Presiden AS, Donald Trump.

Pada 11 Februari lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif mengenai ‘Pelaksanaan Inisiatif Pengoptimuman Tenaga Kerja ‘Jabatan Kecekapan Kerajaan’ Presiden’ yang mengarahkan semua agensi kerajaan untuk melaksanakan pengurangan tenaga kerja secara besar-besaran dalam usaha bersepadu untuk meningkatkan kecekapan.

“Pertama, (penstrukturan semula HHS) akan menjimatkan AS$1.8 bilion (RM8 bilion) setahun kepada pembayar cukai melalui pengurangan tenaga kerja kira-kira 10,000 pekerja sepenuh masa sebagai sebahagian daripada transformasi terbaru itu.

“Apabila digabungkan dengan usaha lain HHS, termasuk persaraan awal dan program ‘Fork in the Road’, penstrukturan semula itu akan mengurangkan jumlah tenaga kerja daripada 82,000 kepada 62,000 pekerja sepenuh masa,” menurut kenyataan HHS.

Jabatan itu juga akan mengurangkan 28 bahagian kepada 15 serta pejabat serantaunya daripada 10 kepada lima.

Langkah itu turut melibatkan penubuhan sebuah organisasi baharu, Pentadbiran untuk Amerika yang Sihat (AHA), yang akan menyelaraskan fungsi seperti sumber manusia, perolehan dan teknologi maklumat.

Mengumumkan penstrukturan semula itu dalam satu kenyataan video dalam media sosial, Setiausaha Kesihatan Robert F. Kennedy, Jr. berkata, lebih separuh daripada pekerja HHS tidak hadir bekerja ketika beliau memulakan tugas dan terdapat banyak pejabat bertindih yang tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Justeru itu, beliau berikrar untuk ‘meningkatkan moral agensi’ serta memberikan hala tuju yang jelas kepada jabatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×