India arah perintah berkurung ekoran keganasan Nagpur

India arah perintah berkurung ekoran keganasan Nagpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung tanpa had di beberapa bahagian bandar Nagpur, India, selepas lebih 12 pegawai polis cedera dalam pertempuran yang tercetus akibat tuntutan kumpulan Hindu untuk memindahkan kubur seorang pemerintah Islam Mughal abad ke-17.

Keganasan semalam di bandar tengah India itu menyebabkan banyak kenderaan rosak dan mencederakan orang, termasuk sekurang-kurangnya 15 anggota polis, di mana seorangnya dilaporkan kritikal.

Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis, mengutuk keganasan tersebut melalui satu mesej video, selain menggesa semua pihak untuk bertenang dan mematuhi undang-undang.

“Saya memberitahu pesuruhjaya polis untuk mengambil langkah yang diperlukan bagi mengawal keadaan,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, polis memaklumkan anggota kumpulan Vishva Hindu Parishad (VHP) membakar patung Maharaja Aurangzeb dan kuburnya, sambil melaungkan slogan menuntut pemindahan kubur tersebut dari bandar berhampiran, Aurangabad.

Seorang pegawai polis memberitahu Reuters, keadaan menjadi tegang selepas beberapa anggota kumpulan Islam berarak berhampiran balai polis dan membaling batu ke arah pihak berkuasa.

Menurut penduduk tempatan yang bercakap kepada agensi berita ANI, penyerang memakai topeng untuk menutup wajah mereka serta membawa senjata tajam dan botol.

VHP menafikan terlibat dalam sebarang keganasan.

Setiausaha Agungnya, Milind Parande berkata, kumpulan itu mahu kubur tersebut digantikan dengan tugu peringatan bagi pemerintah daripada masyarakat Maratha tempatan.

Nagpur juga merupakan ibu pejabat Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), organisasi induk kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

VHP adalah sebahagian daripada rangkaian organisasi yang sama.

Pengkritik Modi sering menuduh beliau mendiskriminasi umat Islam dan gagal mengambil tindakan terhadap mereka yang menyasarkan mereka.

Bagaimanapun, Modi dan kerajaannya menafikan tuduhan tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN