Kejatuhan ‘Dinasti Lim’, era baharu DAP?

Kejatuhan ‘Dinasti Lim’, era baharu DAP?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMILIHAN DAP dijadual bulan depan dijangka menarik perhatian dengan terarah kepada persoalan sama ada pengaruh ‘Dinasti Lim’ masih bertahan atau bakal ditunjukkan jalan keluar seterusnya menjadi petanda kepada era baharu parti itu diketuai Anthony Loke Siew Fook.

Ahli DAP dilihat berpuas hati dengan kepemimpinan Anthony Loke selaku Setiausaha Agung DAP yang lebih tenang dan sedikit sebanyak ia berupaya mengurangkan pengaruh ‘disnati Lim’ terutama Lim Guan Eng jika ingin mempertahankan kedudukan di dalam parti.

Kemerosotan pengaruh ‘dinasti Lim’ itu juga boleh dilihat apabila ura-ura Lim Hui Ying, iaitu adik perempuan Guan Eng untuk mengetuai DAP Pulau Pinang sebelum ini tidak menjadi realiti.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang dilantik menjadi pengerusi DAP di negeri yang diperintah parti itu sejak 2008.

Malah, berdasarkan pemilihan DAP Pulau Pinang September lalu juga memperlihat bagaimana pengaruh Guan Eng di negeri itu dikatakan merosot ketara dengan anggaran sokongan hanya sekitar 30 ke 40 peratus.

Guan Eng berkhidmat sebagai Setiausaha Agung DAP dari Mei 2004 hingga Mac 2022 dan sepanjang 18 tahun pentadbiran beliau, parti itu menikmati zaman kegemilangan dengan meraih kemenangan di Pulau Pinang serta memerintah negeri-negeri lain termasuk berjaya menawan Putrajaya bersama rakan gabungan.

DAP terus menjadi antara parti politik paling dominan di negara ini yang mempunyai 40 kerusi Parlimen sekali gus menjadikan ia komponen terbesar dalam kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi pemerhati politik, dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof, beliau melihat dominasi keluarga Lim di dalam DAP sudah terlalu lama dan tiba masanya parti itu mengorak langkah dengan kepemimpinan baharu yang lebih segar dan sesuai dengan suasana politik semasa di negara ini.

Katanya, meskipun dengan barisan kepemimpinan baharu, jasa keluarga Lim khususnya Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng sememangnya akan terus kekal dikenang parti tersebut.

Katanya, DAP juga mempunyai pemimpin pelapis yang tidak kurang hebatnya dan mempunyai ketokohan seperti Nga Kor Ming, Anthony Loke, Steven Sim dan ramai lagi.

“Kalau kita lihat, pengaruh Guan Eng termasuk di Pulau Pinang sendiri sudah tidak sekuat dulu. Mungkin Guan Eng boleh menjadi penasihat parti daripada mengetuai sama ada di peringkat pusat atau di Pulau Pinang.

“Pemilihan kali ini juga boleh diambil kesempatan oleh DAP untuk menonjolkan lebih ramai calon Melayu selain harus melihat kepada barisan kepemimpinan yang mampu bekerjasama dengan UMNO,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×