Israel didakwa lulus rancangan undur tentera dari Gaza

Israel didakwa lulus rancangan undur tentera dari Gaza

TENTERA Israel memandu melepasi bangunan yang musnah di Rafah di Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel didakwa meluluskan rancangan untuk mengundurkan tentera dari Gaza, selepas kemajuan dalam rundingan pertukaran tahanan dengan Hamas.

Akhbar Haaretz melaporkan, pihak tentera mengesahkan beberapa rancangan untuk pengunduran segera tentera dari Gaza sebagai tindak balas kepada kemajuan rundingan.

Ia dilaporkan meneliti pilihan, termasuk mengundurkan tentera melalui Koridor Netzarim, yang membahagikan Gaza kepada dua.

Walaupun sudah menubuhkan infrastruktur dan kedudukan yang luas di kawasan itu, pihak tentera mendakwa boleh memindahkan pasukan, sambil menekankan kesediaan mereka untuk melaksana sebarang perjanjian oleh kerajaan dan pejuang Palestin, termasuk pengunduran segera tentera dari Gaza.

Pejabat Perdana Menteri Israel mendedahkan, delegasi yang diketuai oleh Ketua Mossad, David Barnea dan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Dalaman Shin Bet, Ronen Bar, akan ke Qatar untuk meneruskan rundingan.

Terdahulu, media Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan, 90 peratus butiran perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas sudah dimuktamadkan, menurut sumber politik.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN