ISTANBUL: Bekas Datuk Bandar Ankara mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan membelanja lebih AS$60,000 (RM269,911) untuk menempah robot yang menyerupai dirinya.
Menurut laporan akhbar Turkiye, Birgun, Melih Gokcek memesan robot itu pada tahun 2023 untuk tujuan promosi taman tema Ankapark.
Pembinaan dan penubuhan Ankapark menelan belanja besar, melebihi AS$801 juta (RM3.6 bilion), yang dibelanjakan semasa pentadbiran Gokcek.
Dilaporkan, sebanyak AS$66,000 – bersamaan lebih dua juta lira Turkiye – digunakan untuk menghasilkan robot tersebut.
Walaupun kos robot itu tinggi, Gokcek dilaporkan tidak berpuas hati dengan hasilnya kerana didakwa tidak kelihatan seperti beliau.
Robot itu kemudian dipindahkan ke Khemah Promosi Ankapark sebelum akhirnya disimpan di dalam stor.– AGENSI










