Syria perlu empat tahun lagi untuk pilihan raya baharu

Syria perlu empat tahun lagi untuk pilihan raya baharu

PENGUNDI ketika melaksanakan proses pengundian di pusat mengundi di bandar Aleppo semasa pilihan raya Parlimen Syria 2024, pada 15 Julai lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Pemimpin de facto Syria, Ahmed al-Sharaa menjangkakan pilihan raya baharu di negara itu mungkin memerlukan tempoh sehingga empat tahun.

Ini merupakan kali pertama pemimpin baharu Syria itu mengulas mengenai pilihan raya negara sejak kumpulannya, Hayat Tahrir al-Sham (HTS) mengetuai penggulingan bekas Presiden Bashar al-Assad.

Dalam wawancara bersama penyiar Al Arabiya kelmarin, beliau berkata, penyusunan perlembagaan baharu mungkin mengambil masa sehingga tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pemerintahan baharu Syria mungkin mengambil masa setahun sebelum rakyat mula melihat perubahan ketara dan penambahbaikan dalam perkhidmatan awam selepas kejatuhan rejim Assad.

Al-Sharaa berkata, Syria perlu membangunkan semula sistem perundangan dan menjalankan bancian penduduk yang menyeluruh untuk melaksanakan pilihan raya yang sah.

Beliau berkata, kumpulan HTS, kuasa ketenteraan dan politik paling dominan di Syria, akan dibubarkan dalam satu persidangan dialog kebangsaan.

ADS:D

“Syria tidak akan menjadi sumber gangguan kepada sesiapa pun,” katanya.

Persidangan tersebut mungkin menjadi ujian pertama sama ada kepimpinan baharu Syria dapat mencapai matlamat yang dijanjikan untuk menyatukan negara selepas 13 tahun perang saudara.

Kenyataan beliau dibuat ketika kerajaan baharu di Damsyik berusaha meyakinkan negara jiran mengenai keamanan dan kestabilan Syria yang mempunyai rakyat berbilang etnik.

Beliau, yang sebelum ini dikenali sebagai Abu Mohammed al-Jolani, mengetuai pihak berkuasa baharu negara itu selepas kejatuhan pemerintahan Assad, awal bulan ini.– BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN