'Dulu pantai 100 meter, kini kurang 10 meter dari rumah'

‘Dulu pantai 100 meter, kini kurang 10 meter dari chalet’

NOR Suhana Zakaria melihat benteng batu dibina di belakang chaletnya yang sebelum ini musnah akibat hakisan di Pantai Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang pengusaha chalet di Pantai Teluk Bayu, Kuala Besut di sini terpaksa mengeluarkan belanja sendiri membina benteng setiap tahun bagi mengelakkan bangunan itu terjejas akibat hakisan pantai.

Nor Suhana Zakaria, 40, berkata, keadaan hakisan semakin merun­cing akibat fenomena air pasang besar ketika musim tengkujuh.

“Keadaan ini berlarutan sejak 2020 apabila berlakunya proses pembinaan benteng pemecah ombak terletak kira-kira dua kilometer dari chalet ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak itu, setiap tahun kami terpaksa mengeluarkan belanja sendiri bagi membina benteng mempertahan chalet kami yang dibina sejak 2019 ini,” katanya ditemui di Kampung Teluk Bayu, semalam.

Menurut Nor Suhana, pantai yang dulunya terletak sejauh 100 meter, kini hanya kurang 10 meter dari chaletnya.

Terbaharu, katanya, benteng dibina tahun, lalu runtuh bulan lepas dan pihaknya sekali lagi terpaksa mengeluarkan belanja kira-kira RM20,000 awal bulan ini untuk membina membuat benteng menggunakan batu.

“Saya bimbang jika berterusan, chalet kami akan mengalami nasib sama dengan peniaga di sekitar yang kedainya musnah dalam fenomena air pasang besar baru-baru ini,” katanya.

Ujarnya, hakisan itu bukan ha­nya mengancam keselamatan malah turut menjejaskan pendapatan perusahaan chalet.

“Dahulu pelanggan datang kerana pemandangan yang cantik dan boleh diadakan pelbagai aktiviti dan tempat rehat yang luas, tetapi kini semua kemudahan seperti pondok dan buaian yang disediakan, musnah ditelan ombak.

“Jualan bilik juga mengalami kemerosotan yang mana dahulu sebulan jualan mence­cah RM20,000 tapi kini hanya RM3,000 hingga RM5,000 sahaja,” katanya yang amat berharap pihak bertanggungjawab segera menyiapkan benteng pemecah ombak dan masalah hakisan di pantai tersebut dapat ditangani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×