Wabak taun disyaki punca ratusan kematian misteri di Sudan

Wabak taun disyaki punca ratusan kematian misteri di Sudan

PESAKIT taun dirawat di sebuah klinik di Negeri Laut Merah Sudan, pada 25 September lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Misteri peningkatan kematian penduduk di bandar terkepung al-Hilaliya, di negeri El Gezira, Sudan hampir terungkai selepas puluhan mereka diuji positif taun.

Menurut sumber perubatan, penemuan itu dipercayai menjadi punca kematian ratusan penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, semakin ramai penduduk yang melarikan diri dari bandar itu diuji positif taun.

Aktivis tempatan berkata, lebih 300 orang meninggal dunia, dengan jumlah itu dikatakan semakin meningkat setiap jam.

Krisis bermula apabila Pasukan Sokongan Pantas (RSF) melancarkan kepungan terhadap bandar itu pada 29 Oktober lalu, sebagai membalas dendam pembelotan seorang komander tertingginya ke pihak tentera.

Ketika laporan mengenai kematian besar-besaran mula tersebar, khabar angin juga muncul mengenai kemungkinan tentera RSF sengaja meracun penduduk.

Pakar perubatan memberitahu Reuters, kebanyakan penduduk berlindung di tiga masjid selepas tentera RSF menghalau mereka dari rumah, merampas wang, kereta dan ternakan.

Tentera RSF turut mencuri panel solar dan wayar elektrik yang digunakan untuk mengepam air bawah tanah.

Akibatnya, penduduk terpaksa menggunakan perigi yang lama terbiar dan mungkin tercemar dengan kumbahan, menurut pegawai perubatan dan saksi.

Dengan punca sebenar tidak diketahui, puluhan penduduk di Hilaliya mula jatuh sakit dengan simptom seperti sakit perut, cirit-birit dan muntah.

Sumber perubatan berkata, tanpa kemudahan perubatan seperti hospital, klinik serta farmasi yang dijarah tentera RSF, hanya segelintir penduduk boleh mendapatkan antibiotik dan pulih, manakala sebahagiannya meninggal dunia.

Awal minggu ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan wabak taun disyaki menular dalam kalangan pelarian dari timur El Gezira, tetapi – tidak menyebut secara khusus tentang Al-Hilaliya.– REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN