PETALING JAYA: Risiko penularan varian baharu cacar monyet atau Mpox seperti yang dikesan di Britain masih rendah, namun rakyat Malaysia disarankan sentiasa berjaga-jaga sementara pihak berkuasa terus memantau perkembangan kes baharu. Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Lee Boon Chye berkata, semua virus termasuk Mpox boleh mengalami mutasi dan varian baharu akan muncul pada bila-bila masa. Kata beliau, sekiranya varian baharu di Britain itu kadar jangkitan dan patogennya tidak bertambah…










