BANGKOK: Kabinet baharu Thailand dimuktamadkan dan akan dikemukakan untuk pengesahan diraja dalam minggu ini, kata Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, hari ini. Media tempatan memetik sumber yang enggan diketahui melaporkan, Kabinet baharu dijangka mengekalkan menteri kewangan dan menteri luar, tetapi akan melantik 11 muka baharu sebagai menteri dan timbalan menteri. Setiausaha Agung Parti Pheu Thai, Sorawong Thienthong memberitahu Reuters, kerajaan gabungan baharu dijangka memperoleh lebih banyak kerusi Parlimen berbanding sebelum ini.…