Israel teliti taktik kepung pejuang Hamas di Gaza utara

Israel teliti taktik kepung pejuang Hamas di Gaza utara

BANGUNAN Menara Palestin di bandar Gaza dibom semasa serangan udara Israel pada 7 Oktober 2023.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kerajaan Israel sedang meneliti rancangan untuk menggunakan taktik pengepungan terhadap pejuang Hamas di Gaza utara.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan beberapa media yang didakwa memetik kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut Reuters, laporan tersebut memetik sumber yang tidak dinamakan dalam satu mesyuarat tertutup jawatankuasa Parlimen.

Rancangan itu mencadangkan orang awam Palestin supaya berpindah dari Gaza utara, untuk diisytiharkan sebagai zon ketenteraan tertutup.

Dianggarkan seramai 5,000 pejuang Hamas yang masih berada di kawasan itu akan dikepung sehingga mereka menyerah diri.

Radio Tentera melaporkan, Netanyahu memberitahu ahli Parlimen di Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan, pihaknya sedang mengkaji rancangan tersebut.

Netanyahu menyifatkan ia sebagai strategi ‘masuk akal’ dan antara rancangan yang sedang dipertimbangkan, selain meneliti juga beberapa pelan lain, lapor penyiar awam Israel, KAN.

Israel berdepan kritikan antarabangsa yang meluas berikutan krisis kemanusiaan akibat serangan hampir setahun terhadap pejuang Hamas di Gaza.

Dianggarkan sejuta orang, separuh daripada jumlah penduduk kini hidup bersesak di zon kemanusiaan, yang merangkumi kurang 15 peratus wilayah tersebut, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB berkata, akses kemanusiaan ke Gaza utara, yang menempatkan antara 300,000 hingga 500,000 penduduk juga sangat sukar dicapai.

Sehingga kini, lebih 41,000 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan kejam Israel, dengan kebanyakan mangsa adalah orang awam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN