Pengundi diingat jangan salah pilih, teruskan usaha Sharifah Azizah

Pengundi diingat jangan salah pilih, teruskan usaha Sharifah Azizah – Azalina

AZALINA OTHMAN Said (dua dari kanan) menemui jentera UMNO di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jentera UMNO diminta mengingatkan para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota supaya memilih calon yang dapat meneruskan kesinambungan usaha penyandang sebelum ini, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. 

Justeru, jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) diharap dapat menyampaikan mesej kepada pengundi supaya tidak salah memilih calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 28 September ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mesej itu amat penting supaya calon yang dipilih nanti benar benar dapat berfungsi dan berkhidmat kepada pengundi di kawasan DUN Mahkota.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua saya ingatkan mereka supaya jangan termakan isu-isu bangsa dan agama, sebab isu ini kira sudah tak boleh pakai lagi sekarang sebab kita nak memilih calon yang nak menyambung kerja arwah.

“Walaupun kita tahu kalau undi pembangkang pun kerajaan negeri tak akan tumbang, tetapi dalam isu ini kita nak kesinambungan, kalau daripada parti BN dan UMNO, itu lebih senang, sebab MB daripada BN, Exco dan sebagainya.

“Selepas itu, 29 September nanti kita pilih salah, orang itu cari pun tak jumpa, telefon pun tak angkat, jemput pun tak datang, susah kita juga. Tak akan nak pakai Ahli Parlimen yang ada, DUN ke, kalau dah dapat peluang untuk cari pengganti, itu yang saya ingatkan jentera,” katanya selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Taman Ilham, di sini hari ini.

Beliau turut berharap tiada lagi pihak yang berkempen tidak menyentuh isu 3R (raja, bangsa dan agama).

Dalam pertemuan itu, Azalina sempat meluangkan masa beramah mesra dengan jentera Wanita, Pemuda dan Puteri  UMNO dan BN disusuli menziarahi kediaman Sharifah Azizah di Jalan Ahmad Khan, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×