GUA MUSANG: Lebih 1,000 penduduk Kampung Serian di sini diselubungi ketakutan berikutan kehadiran seekor gajah liar ke penempatan dan kebun mereka sejak dua minggu lalu. Kelibat gajah jantan itu menyebabkan rutin harian pekebun dan penoreh getah terganggu kerana terpaksa mengehadkan waktu berada di kebun disebabkan bimbang dengan keselamatan mereka. Pekebun, Muhamad Rofi Ismail, 58, berkata, haiwan liar itu dipercayai masih berada di dalam kawasan kebun apabila mereka menjumpai banyak kesan…










